RM50/USD15 for 5 Slots + 15GB Space
RM30/USD10 for 3 Slots + 7GB Space
BitSearch
KENAPA SAYA KENA WARNING?
Mungkin ramai yang tertanya kenapa dapat warning sign?
Jawapan : Dah menjadi procedure dalam mana² torrent site, berkongsi file. Fungsi warn diadakan adalah untuk mengelakkan dari user yang kaki lintah (Sedut tanpa kongsi balik file yang disedut). Dengan itu pantauan akan dibuat bagi memastikan kita dapat bekerjasama dalam berkongsi file ini.
Apa jadi jika saya kena warning?
Jawapan : Anda akan diberi peluang selama seminggu untuk menaikkan ratio anda. Minima ratio adalah 0.5.
Macamana saya nak naikkan ratio?
Jawapan : Mudah saja, dalam warning period, JANGAN download apa-apa file. Upload sahaja sehingga ratio anda menjadi 0.5 ATAUPUN jika anda yakin boleh mencapai ratio 0.5 dalam waktu terdekat, control download speed anda. Pastikan upload speed lebih tinggi dari download speed.
Warning period dah expired, apa akan jadi?
Jawapan : Sekiranya anda tidak dapat menaikkan ratio ke paras 0.5 dalam tempoh tersebut, anda akan diban dari mengakses ke forum termasuklah mendownload mana² file yang ada di dalam thread.
Macamana saya nak mintak unban semula?
Jawapan : Gunakan sistem BitExchange. Refer http://torrent.jiwang.cc/show-archived.php?id=4 atau http://torrent.jiwang.cc/donate.php dengan ini anda dapat menaikkan ratio anda serta merta mengikut kadar yang ditetapkan.
Saya adalah donator, kenapa saya tidak terlepas dari Warning?
Jawapan : Donator terlepas dari Wait Time Ratio (WTR) sahaja. Sekiranya anda tidak mampu untuk menaikkan ratio dari tempoh yang ditetapkan, anda dibolehkan untuk convert jumlah donation anda kepada BitExchange.
FINAL UPDATE!!!
WARN/BAN system sekarang telah berjalan secara automatik sepenuhnya. Dengan ini kami di pihak admin pada hari ini (22/12/2005) sebulat suara telah bersetuju untuk memberi peluang kepada user yang telah diberi amaran/ban forum dan database telah di 'reset'. Walaupun begitu, sistem telah mula aktif bermula pada 22/12/2005 juga.
PERATURAN TERBARU WARN/BAN SYSTEM
1. Pastikan ratio anda kekal pada 0.5 ke atas bagi mengelakkan anda dikenakan amaran (akan aktif setelah 24 jam ratio anda jatuh di bawah paras 0.5)
2. Sekiranya anda mendapat amaran, anda diberi tempoh selama 10 hari untuk menaikkan ratio anda ke paras 0.5 (sekiranya anda tidak berjaya menaikkan ratio dalam tempoh tersebut, anda akan dikenakan BAN FORUM yang mana anda tidak dapat download file dari site ini dan juga berada di shoutbox. Sekiranya anda berjaya, amaran tersebut akan hilang secara automatik)
3. Sekiranya anda telah dikenakan BAN FORUM, anda masih boleh upload file anda bagi menaikkan ratio sehingga paras minima 0.5 untuk menghilangkan BAN FORUM bagi membenarkan anda download semula yang dari site ini. (Cara ini mungkin akan mengambil masa agak lama, mungkin seminggu, sebulan, setahun... bergantung kepada ratio anda ketika di ban forum). Berkorbanlah sikit ye... (sape suruh sedut jer tak ingat dunia....)
4. Sekiranya anda tidak mahu menunggu, anda boleh menggunakan system BitExchange. Sila rujuk http://torrent.jiwang.cc/show-archived.php?id=4 dan http://torrent.jiwang.cc/donate.php untuk maklumat lanjut.
5. Uploader, donator dan user yang telah download file dari site ini melebihi 1GB adalah tidak terlepas dari dikenakan WARNING dan BAN FORUM (Donator dibenarkan menukarkan jumlah donation anda kepada BitExchange sekiranya anda di BAN FORUM)
6. User yang mendaftar kurang dari sebulan adalah TIDAK terlepas dari dikenakan WARNING/BAN FORUM sekiranya status download adalah 1GB
Dengan ini kami harap anda semua dapat memberikan kerjasama. Terima kasih.