|
Program pencarian Imam Muda telah mencetuskan fenomenanya sendiri apabila mendapat liputan meluas di seluruh dunia yang memberikan impak positif sebagai program realiti bercorak keislaman. Oleh itu, KRU Studios dengan kerjasama Astro Oasis mengambil langkah bijak apabila menerbitkan sebuah album kompilasi Imam Muda yang berjudul “Memecah Tradisi”.
Album “Memecah Tradisi” ini mengandungi 8 buah lagu. Antaranya ialah Ujian Hidup dendangan Imam Muda 1, Pejuang Agama yang dinyanyikan oleh barisan Imam Muda 2, alunan zikir serta selawat. Kedua-dua lagu tersebut adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abd Halim.Turut dimuatkan juga, sebuah lagu yang kini hangat diputarkan di stesen – stesen radio tempatan iaitu HambaMu. Lagu HambaMu merupakan lagu tema bagi program realiti Imam Muda yang dinyanyikan secara berduet oleh Mawi dan Akhil Hayy.
|