JuduL: Asas-asas Akhlak Bagi Harakah Islamiah
Oleh : Abul Al'a Al-maududi
Matlamat asasi perjuangan ialah “Ahdas Inqilab fil Qiyadah” (melakukan Reformasi
Kepimpinan) ataupun dalam erti kata Iain membersihkan bumi ini daripada
kepimpinan yang tidak baik, penuh kezaliman dan penindasan lalu digantikan
dengan kepimpinan yang baik dan soleh.
Manusia keseluruhannya - termasuk Muslim itu sendiri - lupa kepada matlamat
tersebut bagi kebanyakkan Muslim, mereka hanya melihatnya sebagai strategi politik
dan lupa kepentingan serta kedudukannya didalam agama Sementara golongan
bukan Islam -dengan mengambil kira sikap negatif dan bencinya mereka terhadap
Islam - seakan tidak menyedari bahawa semua kerosakan serta bencana yang
menimpa manusia sebenamya adalah kesan dan tangan-tangan kepinpinan yang
buruk. Sedangkan kebahagiaan serta kesejahteraan hanya akan dirasai apabila
duma ini dipimpin oleh pimpinan yang soleh lagi adil!
Jika kita ingin melihat perubahan ini, maka adalah tidak memadai jika kita hanya
sekadar menyeru kepada kebaikan ataupun rnengajak ke arah akhlak yang baik
Sebaliknya kita hendaklah menghimpunkan anasir-anasir soleh sehingga menjadi
sebuah ketumbukan yang benar-benar mantap dan mampu merampas tampuk
kepimpinan dunia.
