|
etelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.
Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.
Sempena majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal ini, Astro RIA bakal membawakan sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sehingga ke gerbang perkahwinan.
Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini.
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.
|