Plot: Pada tahun 1981 ketika gadis-gadis pertubuhan wanita Alpha Gamma Teta sedang berparti, datang tetamu yang tidak diundang. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang diperhatikan. Pengendap ini mengkaji pergerakan gadis-gadis ini ketika mereka mandi, makan dan tidur. Seorang demi seorang menjadi mangsa kekejaman pembunuh ini. Polis menyiasat kehilangan gadis-gadis ini dan juga pembunuh misteri tetapi sempatkah mereka menjumpai jawapannya dalam masa yang terdesak itu? Atau gadis-gadis itu terpaksa bergelut demi nyawa mereka..