Aisyah dan adiknya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda, iaitu 16 tahun. Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Saban hari Aisyah menghitung hari sehinggalah hari ke-21 tiba.
Walaupun Badang mengawal ketat Aisyah, tetapi semangat Aisyah untuk melarikan diri mengatasi segalanya. Badang cuba menembak Aisyah, namun Badang juga telah ditembak oleh seorang sekuriti. Badang menemui mautnya di situ sementara Aisyah pula berjaya diselamatkan. Walau bagaimanapun, Aisyah menemui mautnya di hospital.