Puaka Bunga Tanjung mengisahkan mengisahkan kisah silam dua generasi yang datang semula kepada sebuah keluarga akibat balas dendam selepas 30 tahun. Drama Puaka Bunga Tanjung berlatarkan zaman 1960-an dan moden yang menyelitkan hubungan cinta dua generasi yang melalui kitaran hidup berbeza melalui zaman perubahan sepanjang permusuhan Pak Malik dan Fansuri yang hadir dalam bentuk baru. Permusuhan Pak Malik dan Andaman memang sudah lama diketahui sejak berada dalam seni perguruan silat kira-kira 30 tahun lalu. Fansuri tidak tahu Mayang adalah anak dara sunti Pak Malik yang tidak mahu anaknya itu berkawan dengannya.