DOKUMENTARI KHURAFAT (2012)
Antara kepercayaan khurafat yang boleh menjurus kepada kufur serta syirik di kalangan umat Islam ialah menilik nasib, memuja kubur untuk meraih rezeki, sihir, amalan nasi kangkang dan pemakaian tangkal. Namun, pada zaman yang sudah moden ini, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak henti-henti mengamalkan perkara-perkara khurafat ini.
Itulah yang ingin ditampilkan menerusi rancangan majalah terbaru TV9, Khurafat yang memaparkan kisah-kisah benar amalan khurafat yang masih dipraktikkan sehingga masa kini.
Sinopsis Episod Najis Kerbau:
Sesetengah orang di Solo, Indonesia yang mempercayai bahawa kerbau boleh berkomunikasi dengan alam dan kuasa lain.
Najis kerbau akan dikutip dan dilumurkan ke seluruh badan mereka kerana ia dianggap keramat dan suci.
-------------------------------------------------------
Enjoy!
