DOKUMENTARI KHURAFAT (2012)
Antara kepercayaan khurafat yang boleh menjurus kepada kufur serta syirik di kalangan umat Islam ialah menilik nasib, memuja kubur untuk meraih rezeki, sihir, amalan nasi kangkang dan pemakaian tangkal. Namun, pada zaman yang sudah moden ini, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak henti-henti mengamalkan perkara-perkara khurafat ini.
Itulah yang ingin ditampilkan menerusi rancangan majalah terbaru TV9, Khurafat yang memaparkan kisah-kisah benar amalan khurafat yang masih dipraktikkan sehingga masa kini.
Episod Pemujaan Kubur.
Ia menceritakan bagaimana tiga lelaki memakai jubah dan serban, merintih menangis kerana tidak dapat menemui jalan keluar dari makam Tok Pulau Manis, Kuala Terengganu selepas dipercayai memuja nombor ekor di kubur ulama Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah yang turut dikenali sebagai Tok Pulau Manis.
-------------------------------------------------
Enjoy
