|
Tsubasa Ozora merupakan seorang pelajar sekolah rendah di Jepun yang mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak dan mempunyai impian membawa Jepun memenangi Piala Dunia FIFA suatu hari nanti. Dia tinggal bersama-sama dengan ibunya di Jepun, manakala bapanya adalah seorang kapten pelayaran yang bergerak di seluruh dunia.Tsubasa Ozora dikenali sebagai Soccer No Moshigo yang bererti "anak yang dihantar dari Syurga untuk bola sepak". Ketika baru berusia setahun, dia hampir dilanggar oleh bas semasa bermain bola sepak. Walau bagaimanapun, Tsubasa telah terselamat akibat bola didepannya yang bertindak sebagai kusyen yg menyerap hentakan kuat itu. Lantunan selepas itu menyebabkan dia terpelanting jauh namun bola itu tetap dibawah kawalannya. Sejak dari peristiwa itu, moto Tsubasa Ozora ialah "Bola adalah kawan saya". Sejak dia masih kecil, beliau sentiasa keluar dengan bola sepaknya. Ibunya sekarang telah membuat kesimpulan bahawa dia memang dilahirkan hanya untuk bermain bola sepak. Pada usia yang sangat muda, Tsubasa Ozora sudah mempunyai kelajuan menakjubkan, stamina, kemahiran menggelecek dan tendangan padu, sesiapa sahaja terkejut melihat permainan beliau.
Bahasa: Jepun || Subtitle: English (Softsub, embedded) || Bitrate: 1450kbps || Resolution: 512x384 || Codec: XviD || Container: MKV || Jumlah: 52 Episod
Credit: Thanks to royfaizal, linuxmaster, uploader dan encoder asal yang tidak diketahui namanya.
|