Drama : Bunga Bunga Syurga
Siaran : Slot Zehra TV3 bermula 9 Mac Setiap Jumaat Jam 9 Malam
Terbitan: Suhan Movies
Arahan : Jet Lee [M.Nazir Juhan]
Skrip: Sharifah Abu Salem
Pelakon: Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof
Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.