Pelakon-pelakon:Tasha Shilla (Balqis)
Shah Iskandar Mahfuz (Saiful/Ghaz)
Fiza Halim (Cinta)
Shahz Jaszle (Tengku Farish)
Wan Shade (Sulaiman)
Roy Azman (Ahmad)
Drama Atas Nama Cinta mengisahkan Ahmad bersama anaknya, Saiful pulang ke kampung halaman selepas melarikan diri daripada pengutip hutang yang mengejarnya.
Di kampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta. Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Malangnya, bapa Saiful telah membuat onar dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara.
Apakah kesudahan drama ini? Bagaimana pula tentang perhubungan Saiful dan Cinta apabila mereka telah dewasa? Ikuti kesudahan drama Atas Nama Cinta di TV3 dari Isnin hinggga Khamis setiap jam 7 petang bermula 13 Februari 2012.