Program khusus buat adik-adik cilik ini muncul apabila melihat sambutan ujibakat Akademi Al-Quran yang sangat memberansangkan daripada kanak-kanak kecil yang tidak berpeluang untuk memasuki ujibakat tersebut akibat faktor usia. Adik & Al-Quran yang bakal disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang bermula 7 Januari 2011 ini memberi peluang kepada adik-adik di rumah mempelajari pembaca Al-Quran dengan betul bersama dengan tarannum, qiraat dan tajwid. Selain daripada itu, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin yang menjadi hos bagi program ini turut mengajar adik-adik tentang tafsiran surah yang dibaca itu. Program bertambah menarik dengan adanya segmen “Pesan Atok” diakhir program yang menampilkan Dato’ Abu Hassan Din